Ahad, 18 November 2012

Cara Menukar Minyak Enjin (Minyak Hitam)


Alat yg diperlukan:
1. Minyak enjin



2. Alat asas untuk buat keje tukar minyak enjin. ‘Ring spanner’ saiz 14 hingga 17 (ikot jenis kenderaan) dan pembuka ‘oil filter’ (kanan sekali).



3. Jack & Jack stand (kalau takde jack stand, pakai yang biasa je tapi bahaya sket)




4. Besen plastic untuk menadah minyak kotor. Corong untuk letak minyak baru


5. Oil filter





Jack jenis hidraulik macam di bawah lazimnya boleh tampung keberatan yang lebih dari jack kereta biasa. Setelah kereta di jack, letakkan ‘jack stand’ sebagai ciri keselamatan tambahan.


Sebelum buka drain plug, buka dulu tutup minyak enjin (filler cap) dan cabot ‘dip-stick’ (pengukur minyak)
Gambar spanner yang dipakai ialah saiz 14. Untuk melonggar dan buka ‘drain plug’ sama dengan melonggarkan dan membuka nut dan skrew biasa (lawan arah jam) .


Tunggu minyak sampai habis mengalir keluar



Lepas ‘oil filter’ lama dibuka dan bersihkan minyak-minyak kotor di tapak oil filter, dan sebelum memasang oil filter baru, jangan lupa menyapu getah hitam (gasket atau oil seal) dengan minyak enjin. Ini untuk mengelak supaya getah tidak terkeluar bila oil filter diketatkan.



Mengetatkan oil filter juga ada tekniknya. ada mekanik gune alat pembuka dan ketatkan sampai maximum. Cara tu salah sebab kalau terlalu ketat, oil seal (getah itam) akan rosak. Cara yang betul ialah mengetatkan dengan menggunakan tangan.


Setelah oil filter dan drain plug dipasang, tuang minyak baru dengan menggunakan corong untuk mengelak minyak terpercik keluar dan memungkinkan sesuatu yang tidak diingini. Memungkinkan sesuatu yang tak diingini?
Pastu tuang minyak enjin di atas memerlukan lebih kurang 3.3 liter – 3.5 liter (tengok jenis kereta). Lepas tuang cek dengan dip stick, kalau dah full atau dekat full tu, kira dah OK.


PERINGATAN : JANGAN BUANG MINYAK ITAM YG TELAH DIGUNAKAN DI TEMPAT SEMBARANGAN. PELIHARALAH ALAM SEKITAR.


Jumaat, 26 Oktober 2012

Retro Malaysia Riders


Kegilaan Remaja Kini.

MC-Revy, august 1983 – test af RD 350 LC2






MC-Revy, maj 1986 – prøvekørsel af RD 350 F2



MC-Magasinet ”Motorcyklen”, 1986 – test af RD

 350 F2




Selasa, 23 Oktober 2012

Isnin, 22 Oktober 2012

old car



1984 Toyota Celica GT

Honda S2000-Powered 1977 Toyota Celica GT Coupe